fbpx

Liverpool kempunan raih 3 mata penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (kanan) berjaya meletakkan Liverpool di hadapan, namun mereka sekadar mencatat keputusan seri menentang Leeds awal pagi semalam. – AFP

LEEDS – Liverpool terlepas peluang untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sekadar seri 1-1 menentang Leeds United di Elland Road awal pagi semalam.

Meskipun mendahului perlawanan pada minit ke-31 menerusi Sadio Mane, namun The Reds dikecewakan oleh gol pe­nyamaan Diego Llorente tiga minit sebelum permainan tamat.

Bagaimanapun, pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp percaya mereka sepatutnya membawa pulang tiga mata kerana mencipta banyak peluang menjaringkan gol pada perlawanan itu.

“Satu perlawanan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi bertemu pasukan seperti Leeds yang mampu melakar kejutan. Secara keseluruhan, kami sudah tampilkan aksi terbaik.

“Kami sepatutnya jaringkan lebih banyak gol, namun peluang yang ada disia-siakan oleh barisan serangan. Sedikit kecewa apabila kami tidak berjaya menambah jaringan untuk memenangi perlawanan ini,” kata pe­ngendali dari Jerman itu.

Pada masa sama, beliau sedikit hairan apabila Liverpool menampilkan lebih banyak aksi bertahan pada separuh masa kedua sehingga menjejaskan rentak serangan pasukan itu.

“Saya juga tidak faham mengapa kami tiba-tiba bermain secara bertahan pada separuh masa kedua dan membenarkan Leeds mengasak benteng pertahanan kami,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI