fbpx

Deddy Corbuzier mahu anak peluk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEDDY CORBUZIER bersama anaknya, Azka.

RAMADAN 2021 menjadi tahun kedua buat pengacara Deddy Crobuzier menjalani ibadah puasa sebagai seorang Muslim.

Namun jauh di sudut hatinya, pengacara program Hitam Putih itu berharap anaknya, Azka Corbuzier juga akan mengikuti jejaknya memeluk Islam.

Bagaimanapun, Deddy tidak mahu memaksa buah hatinya itu untuk berpindah agama begitu sahaja. Dia ingin anaknya mempelajari sendiri agama Islam dan akhirnya jatuh hati dengan agama suci itu.

“Saya menjadi mualaf bukan kerana disuruh. Saya menjadi mualaf kerana bertemu dengan rakan-rakan (Muslim) yang positif tentang agama,” ujar Deddy ketika ditemu bual dalam saluran YouTube Cahaya Untuk

Indonesia oleh Habib Husein Ja’far Al Hadar.

Ujar Deddy, sehingga kini Azka sudah mengenal tiga agama berbeza iaitu Islam, Katolik dan Buddha.

“Usianya baru sahaja 14 tahun. Biarkan dia mengenal sendiri agama yang akan dianutinya nanti. Mudah-mudahan dia akan tertarik dengan Islam,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI