fbpx

Aksem rampas produk makanan, minuman dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (tengah) bersama anggotanya menunjukkan produk makanan dan minuman dari Thailand yang dirampas di Alor Setar dan Bukit Kayu Hitam pada semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) merampas sejumlah barangan makanan dan minuman yang dibawa masuk dari Thailand bernilai lebih RM77,000 dalam dua tangkapan berasingan di Alor Setar dan Bukit Kayu Hitam semalam.

Komander Aksem Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintendan Mohd. Khairi Abdullah berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang wanita warga Thailand berusia 56 tahun di sebuah rumah di Jalan Kampung Perak, Alor Setar kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

Kata beliau, suspek yang merupakan isteri kepada pengusaha kedai runcit warga tempatan disyaki menjadi ejen penyeludupan barang makanan keluaran Thailand yang tidak mempunyai label Kementerian Kesihatan (KKM).

“Serbuan ke atas rumah itu menemui sebanyak 24 jenis makanan dan minuman antaranya mi segera, perasa masakan, minuman tenaga, kicap dan sos ikan pelbagai jenama.

“Nilai keseluruhan barangan itu dianggarkan kira-kira RM60,000 tidak termasuk cukai dan difahamkan bekalan makanan tersebut untuk pasaran sekitar Alor Setar,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Aksem Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Sementara itu katanya, pihaknya turut menahan seorang pemandu treler kira-kira pukul 10 malam semalam kerana membawa masuk dua jenis makanan iaitu sos cili manis dan cili dalam minyak keluaran negara jiran, melebihi kuantiti diisytiharkan kepada kastam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI