fbpx

2,195 laman web judi dalam talian disekat setakat Mac lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sebanyak 2,195 laman web judi dalam talian disekat setakat Mac lalu kerana melanggar Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

MCMC menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, laman-laman web itu disekat berdasarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, MCMC turut bekerjasama dengan pihak penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter, dan YouTube untuk menurunkan kandungan sedemikian.

“Daripada aspek penguatkuasaan pula, MCMC telah menjalankan audit pengesahan data pelanggan talian telefon prabayar bagi memastikan semua nombor yang aktif disahkan dengan sewajarnya.

“Ini penting bagi mengelakkan nombor-nombor berkenaan disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan jenayah termasuklah tetapi tidak terhad kepada penipuan dan mempromosi judi dalam talian,” katanya.

Katanya, sehingga Mac lalu, sejumlah 19,765 talian telefon telah ditamatkan atas kesalahan spam SMS yang mempromosikan judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain.

Pada masa sama, MCMC turut meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahana judi dalam talian menerusi program-program advokasi dan kempen.

Jelasnya lagi, pengguna media sosial juga dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan kandungan sedemikian kerana ia secara tidak langsung membantu mempromosikan aktiviti itu kepada masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI