fbpx

Nora Danish mengaji 20 muka surat sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH

KEDATANGAN bulan Ramadan yang penuh kemuliaan menyajikan limpahan kesempatan buat umat Islam untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala sebagai bekalan di akhirat kelak.

Pelakon jelita, Nora Danish juga tidak ketinggalan menggunakan kesempatan sempena kedatangan bulan mulia ini untuk melakukan amal kebaikan dan memperbanyakkan ibadah.

Bagi Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 39, golongan selebriti sepertinya sama seperti orang lain yang berlumba-lumba untuk mengejar saham akhirat terutama ketika hadirnya bulan Ramadan.

NORA DANISH mahu menyibukkan diri mengumpul pahala sepanjang Ramadan ini.

Beribadah

Pada tahun lalu, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri, Puteri itu pernah berkongsi keterujaannya apabila buat pertama kali dalam hidup berjaya khatam al-Quran.

“Saya anggap kejayaan khatam al-Quran pada tahun lalu sebagai satu pencapaian besar dalam hidup.

“Insya-Allah pada bulan puasa tahun ini saya menyimpan niat untuk melakukan perkara sama,” katanya.

Menurut Nora, bulan Ramadan ialah masa terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan Allah SWT berikutan jadual waktu kerja yang tidak terlalu padat.

“Bagi saya macam mana buruk pun kita, bulan Ramadan ialah masa untuk seseorang itu mendekatkan diri dengan pencipta-Nya.

NORA berkata walau seburuk manapun seseorang, cubalah dekatkan diri dengan Pencipta untuk mendapat keredaan hidup.

Seperti kami golongan selebriti, bulan-bulan lain memang sangat sibuk dengan jadual kerja yang padat. Jadi bulan Ramadan ini kami gunakan waktu sebaik-baiknya untuk beribadah,” kata Nora.</span>Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, berbanding tahun lalu, dia mengaji dengan berpandukan pen digital semata-mata, namun pada tahun ini dia bercadang untuk mengaji bersama ustazah yang boleh memantau bacaannya.

“Tahun lalu saya berdoa kepada Allah SWT sebab sudah lama teringin untuk khatam al-Quran.

“Tujuannya saya nak sedekahkan (amalan) dekat arwah bapa.

“Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan. Allah bukakan hati saya untuk mengaji setiap hari. Selepas solat fardhu, saya akan gunakan kesempatan membaca al-Quran sehingga 20 muka surat atau lebih setiap hari,” katanya.

NORA DANISH mengakui berasa sangat teruja untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini dan memasang niat untuk khatam al-Quran seperti yang dilakukan pada tahun lalu. – MOHD. FAUZI BAHARUDIN

Kerana kejayaan tersebut, Nora berkata, dia menangis kerana tidak percaya impiannya untuk khatam al-Quran tercapai.

Bersederhana

Bahkan, perasaan itu turut dikongsi bersama suami tercinta, Nedim Nazri Aziz apabila lelaki itu turut menangis sambil memeluk dirinya.

“Suami sahaja yang faham perasaan saya ketika itu. Sambil memeluk saya, suami pun menangis sama sebab dia nampak saya bersungguh-sungguh untuk khatam al-Quran,” katanya.

Ditebak persoalan tentang rancangan lain sepanjang bulan Ramadan, Nora berkata, Nedim baharu sahaja membuka sebuah restoran makanan Jepun baru-baru ini dan sibuk menguruskan perniagaan tersebut.

“Saya pula akan menghabiskan banyak masa di rumah bersama anak-anak. Inilah masa terbaik untuk saya bersama mereka dan melakukan ibadah bersama-sama,” tutur Nora.

Semenjak dunia dilanda pandemik Covid-19, Nora mengakui kehidupannya bersama keluarga berubah menjadi lebih positif dan bersederhana.

SELAIN khatam al-Quran, Nora juga mengajak orang ramai untuk sama-sama terlibat dengan kempen amal, Sebuah Kehidupan yang dianjurkan oleh Erma Fatima.

Kerja amal

Misalnya seperti persiapan menyambut Aidilfitri. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan hari raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu menjadikan Nora lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki.

“Untuk persiapan raya, saya belum lagu sediakan baju baharu. Kalau ada, adalah. Sejak PKP tahun lepas, saya dengan keluarga telah banyak berubah.

“Saya lebih menjadi seorang yang lebih sederhana,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nora juga terlibat dengan kerja amal bersama pengarah Erma Fatimah, menerusi kempen Sebuah Kehidupan.

Ujar Nora, dia memberi sokongan 100 peratus terhadap program amal tersebut kerana kempen sebegitu mampu memupuk nilai positif dalam diri masyarakat,

“Saya memang sudah lama teringin untuk terlibat dengan kerja-kerja amal, cuma belum berkesempatan.

“Jadi saya berbesar hati bila diberi peluang untuk terlibat dalam kempen Sebuah Kehidupan.

“Apabila terlibat dalama kempen sebegitu, sedikit banyak kita dapat melihat kehidupan orang lain yang berbeza,” katanya.

Pada masa sama, Nora turut menggesa masyarakat untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi membantu golongan kurang bernasib baik untuk menjalani kehidupan lebih sempurna.

TUNTUTAN jadual kerja yang padat sebagai selebriti selama ini menyebabkan Nora memanfaatkan sepenuhnya bulan kehadiran Ramadan untuk dihabiskan bersama keluarga dan memperbanyakkan ibadah.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI