fbpx

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM3.13 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmir (kiri) menyampaikan replika cek zakat perniagaan Sime Darby Property kepada Sultan Sharafuddin.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada dua syarikat korporat berjumlah RM3,138,995 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong hari ini.

Worldwide Holdings Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datin Paduka Norazlina Zakaria menyerahkan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM2,138,995 bagi tahun kewangan 2020.

Sementara, Sime Darby Property yang mewakilkan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmir Merican menunaikan zakat perniagaan RM1 juta untuk tahun kewangan sama.

Turut hadir adalah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI