fbpx

Suami kaki botol pukul isteri selepas berang ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Tindakan seorang wanita menegur suaminya agar tidak meminum minuman keras dan mabuk di rumah mereka di Kampung Orang Asli Sungai Rasau Hilir, Puchong di sini Sabtu lalu akhirnya membawa padah selepas dia dipukul oleh lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam selepas wanita berusia 22 tahun itu terlihat suaminya meminum minuman keras di dalam rumah.

“Mangsa kemudiannya menegur suspek agar tidak berbuat demikian namun berlaku pertengkaran yang seterusnya membawa kepada salah faham apabila suspek mula menuduh mangsa mempunyai skandal di tempat kerjanya.

“Suspek yang berang kemudiannya telah menumbuk dahi dan menendang badan mangsa sebelum mengugut akan mengambil senapang dan menembak wanita itu serta keluarganya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis keesokan harinya yang membawa kepada penahanan suspek berusia 40 tahun itu.

Menurut Abd. Khalid, pemeriksaan yang dilakukan tidak menjumpai senjata yang dikatakan itu dan ugutan tersebut hanya dibuat secara lisan malah mangsa juga tidak mengetahui sama ada suaminya memiliki senjata api atau tidak.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu telah ditahan reman selama dua hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksnyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI