fbpx

Penyelia buat tuntutan palsu RM20 juta direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelia asrama sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi direman enam hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung tuntutan palsu berjumlah RM20 juta.

JOHOR BAHRU – Seorang penyelia asrama sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi ditahan reman selama enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan membuat tuntutan palsu kontrak pembekalan makanan pelajar sekolah sebanyak RM20 juta.

Majistret Nur Izzaty Mohammad Zahari membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor ke atas wanita berusia 40 tahun.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah bersubahat dengan beberapa syarikat kontraktor dengan membuat tuntutan berhubung kontrak pembekalan makanan bermasak bagi pelajar pada tahun 2015, 2018 dan 2020.

Tuntutan pembekalan makanan bermasak itu melibatkan jumlah tuntutan hampir RM20 juta yang mana pembekalan makanan tersebut yang meragukan.

Suspek yang bertugas sebagai penyelia sekolah berasrama di daerah Kota Tinggi itu telah ditahan di Pejabat SPRM Johor pada jam 10 malam tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan suspek telah ditahan reman selama enam hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI