fbpx

Pelacuran: Gambar wanita cantik, seksi sebagai tarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai (tiga dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang wanita yang disyaki pelacur di salah sebuah premis di Kepong, lewat malam tadi.

KUALA LUMPUR – Gambar-gambar wanita cantik dan seksi diperdagangkan di media sosial bagi menarik perhatian pelanggan.

Itulah modus operandi yang digunakan sebuah sindiket pelacuran yang beroperasi di Kepong di sini bagi mempromosikan kegiatan tidak bermoral itu sejak beberapa bulan lalu.

Sebaik pelanggan memberi maklum balas di media sosial, mereka perlu datang ke sebuah premis dengan membuat bayaran antara RM150 hingga RM200 bagi satu sesi sebelum dapat melampiaskan nafsu bersama pelacur yang dipilih.

Bagaimanapun, aktiviti persundalan tersebut akhirnya tumpas apabila diserbu polis di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan menerusi Operasi Noda (Op Noda) kali ini melibatkan tiga premis berasingan di sekitar Kepong bermula pukul 8.45 malam.

“Melalui serbuan itu, tujuh wanita warga Vietnam yang dipercayai pelacur berusia lingkungan 30-an berjaya diberkas.

“Kita juga menahan dua penjaga premis warga tempatan masing-masing berusia 20-an dan 50-an, manakala sebuah premis lagi didapati tiada penjaga,” ujarnya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini lewat malam tadi.

Jelasnya, sindiket pelacuran berkenaan didapati menggunakan taktik mempromosikan kegiatan itu dengan memuat naik gambar wanita cantik di media sosial termasuk MiChat dan Facebook.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu mengenakan bayaran kepada pelanggan antara RM150 hingga RM200 bagi setiap sesi.

“Bagaimanapun ketika serbuan dilakukan, kita dapati tiada pelanggan yang sedang mendapatkan perkhidmatan berkenaan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memberitahu, kesemua wanita warga Vietnam terbabit didapati tidak memiliki pasport.

“Kita juga masih menyiasat status ketiga-tiga premis yang diserbu ini sama ada dinaungi oleh sindiket yang sama atau sebaliknya,” ujarnya.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI