fbpx

Masjid mukim, surau di Kelantan tutup mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengarahkan semua masjid mukim dan surau di seluruh negeri Kelantan ditutup bermula esok sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan solat Jumaat, solat fardu, solat sunat tarawih dan aktiviti-aktiviti lain tidak dibenarkan sepanjang tempoh itu.

Katanya, arahan itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama negeri mengikut peruntukan Perkara 6(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Bagaimanapun, solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih di masjid negeri, bandar serta jajahan masih dibenarkan dengan 50 peratus daripada kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal sejauh dua meter.

“Aktiviti-aktiviti lain seperti tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan, hanya 17 buah masjid sahaja di seluruh Kelantan dibenarkan untuk aktiviti keagamaan.

Katanya, masjid itu adalah Masjid Muhammadi di Kota Bharu, Masji Al Sultan Ismail Petra (Kubang Kerian), Masjid Al-Ismaili (Pasir Pekan), Masjid Muhammad II (Telipot), Masjid Sultan Mansor (Kampung Sireh), Masjid D’Raja Long Yunus (Langgar) dan Masjid Bandar As-Salam (Pengkalan Chepa).

Beliau berkata, selain itu, Masjid Ismaili di Tumpat, Masjid Mahmoodi (Bachok), Masjid Ibrahimi (Pasir Puteh), Masjid Sultan Yahya Petra (Machang), Masjid Tengku Muhammad Faris Petra (Kuala Krai) dan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra (Gua Musang) turut dibenarkan untuk aktiviti solat.

“Maik juga membenarkan Masjid Sultan Muhammad I di Jeli, Masjid Sultan Muhammad III (Pasir Mas), Masjid Ismail Petra (Tanah Merah) dan Masjid Bandar An-Nur Guchil (Kuala Krai) beroperasi sepanjang tempoh itu.

“Oleh itu, pihak Maik amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam dalam melaksanakan ketetapan ini. Tindakan sewajarnya akan diambil atas kegagalan untuk mematuhi prosedur operasi standard ini,” katanya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI