fbpx

Los Blancos belum kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIDANE kekal positif pasukan bimbingannya mampu mengekalkan kejuaraan La Liga meskipun hanya mencatatkan 0-0 menentang Granada kelmarin.

MADRID – Pengendali Real ­Madrid, Zinedine Zidane me­ngakui pasukannya tidak akan me­ngibarkan bendera putih bagi mengekalkan kejuaraan La Liga musim ini meskipun hanya merekodkan keputusan seri 0-0 bertemu Granada awal pagi semalam.

Keputusan tersebut sekali gus memberi kesukaran buat Los Blancos untuk terus mengejar pasukan yang mendahului kedudukan takhta La Liga yang juga musuh tradisi, Atletico ­Madrid.

Kata Zidane, keputusan itu juga membuktikan anak-anak buahnya hanya ‘manusia biasa’ selepas mengharungi jadual padat meskipun berjaya menyingkirkan Liverpool pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara minggu lalu.

“Saya tidak mahu pemain terlalu kecewa dengan keputusan kali ini yang saya anggap normal selepas mengharungi jadual padat. Saya sedar pemain juga kepenatan tetapi saya harap mereka akan kekal fokus untuk baki saingan liga nanti.

“Peluang untuk semua pasukan tetap terbuka kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku dan mungkin tidak ke­terlaluan untuk saya katakan, jika juara liga hanya akan diketahui pada hari terakhir perlawanan,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan Real kini ketinggalan tiga mata dengan mengutip 67 mata selepas mengharungi 31 perlawanan manakala Atletico kekal sebagai pendahulu dengan 70 mata.

Sementara itu, Atletico pula tidak mempunyai masalah untuk mengukuhkan cengkaman di puncak liga selepas merekodkan kemenangan bergaya 5-0 ke atas pasukan tercorot liga, Eibar kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI