fbpx

Leftenan Kolonel Nadzri terima anugerah atas semangat keberaniannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAWAWI (kiri) menyampaikan Anugerah Khas Pengerusi Kor kepada Nadzri di Dewan Tan Sri Abdul Hamid di Institut Latihan dan Kefahaman Islam (Ilmi), Port Dickson baru-baru ini.

PORT DICKSON – Misi kejayaan berbincang Ketua Pemberontak, Alexander Baradoi di Ukraine selepas tragedi tembak jatuh pesawat MH17 pada tahun 2014 telah membolehkan seorang pegawai dari Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Leftenan Kolonel Nadzri Musman menerima Anugerah Khas Pengerusi Kor.

Anugerah tersebut diterimanya daripada Ketua Pengarah Kagat, Mejar Jeneral Datuk Nawawi Daud bersempena sambutan Hari Kagat ke-36 baru-baru ini.

Nadzri adalah salah seorang daripada 12 individu yang terlibat dalam misi mendapatkan kotak hitam tragedi tersebut selain ditugaskan untuk membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.

“Saya terpilih untuk mengambil kotak hitam di kawasan pemberontak dan negara Ukraine ketika itu sedang bergolak.

“Kami tidak menggunakan helmet dan baju kalis peluru malah kehadiran kami di sana tidak diketahui oleh pemerintah Ukraine, namun kami telah mengadakan perbincangan dan perjanjian bersama Alexander Baradoi.

“Perbincangan berjaya namun misi mengambil kotak hitam berkenaan memang agak mencemaskan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Perhimpunan Hari Kagat ke-36 di Dewan Tan Sri Abdul Hamid, Institut Latihan dan Kefahaman Islam (Ilmi), dekat sini baru-baru ini.

Berkongsi lagi kisah, Nadzri berkata, beliau bersama tiga orang pegawai Kagat telah ditugaskan untuk membantu menguruskan jenazah rakyat Malaysia mangsa insiden MH17 bersama-sama dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jelas beliau, turut terlibat bersamanya dalam misi tersebut ialah Leftenan Kolonel Nizar Zahrin Zakaria, Mejar Anuar Mohd. Ehwal dan Mejar Azlisham Abd. Aziz.

“Kami menguruskan jenazah MH17 yang mula mereput dan kemudian mengkafankan jenazah. Ada jenazah yang uzur dan kami telah menyempurnakan mengikut cara yang diajar dan bekerjasama dengan Jakim

“Anugerah ini sekali gus menaikkan semangat kami sebagai ahli Kagat serta khusus menaikkan nama Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI