fbpx

Kenaikan harga dedak berlaku di peringkat global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Ronald Kiandee

PUTRAJAYA – Kenaikan harga komponen makanan haiwan ternakan seperti soya dan jagung import yang meningkat ketika ini sehingga memberi kesan kepada harga ayam semasa adalah disebabkan oleh peningkatan harga makanan itu di pasaran dunia.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Ronald Kiandee berkata, peningkatan harga itu adalah di luar kawalan negara dan  memberi  kesan terhadap rantaian bekalan daripada peringkat penternak sehingga pengguna.

“Kenaikan harga makanan  haiwan  ini  sudah  berlaku  empat  hingga lima   bulan  lalu dan  Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal  Pengguna (KPDNHEP) juga  telah mengambil  langkah  bagi  menetapkan harga  ayam  RM6.80 sekilo melalui  Skim Harga  Maksimum  Musim Perayaan Hari  Raya  Puasa (SHMMP) 2021 yang dilancarkan semalam, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada program pengagihan bubur lambuk MAFI sempena Ramadan dikementeriannya di sini hari ini.

Pada program itu, sebahagian bubur lambuk tersebut juga akan dijadikan menu Iftar MAFI bersama 50 pelajar Tahfiz Maahad Darul Muqri Rawang dan Maahad Tahfiz Addirasah Seremban.

Hadir sama Timbalan Menteri I MAFI,  Datuk Sri  Ahmad Hamzah,  Timbalan Menteri II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi serta  Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Sementara itu, Kiandee berkata, pemain  industri perlu  mematuhi  harga  kawalan  yang  telah  ditetapkan  dan  pengawalan harga  juga  perlu  dibuat  dalam  rantaian  industri  ini.

“Semalam MAFI dan  KPDNHEP juga telah  mengadakan perjumpaan bersama  pemain  industri  untuk  mengambil  tindakan bagi  mengatasi  masalah harga  runcit  ayam,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI