DENVER, COLORADO – Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun di Amerika Syarikat terserempak dengan seekor kucing liar dikenali sebagai ‘bobcat’ dalam kalangan masyarakat tempatan bermain di halaman rumahnya, lapor agensi berita United Press International semalam.
Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah Eric dan Nicole Woodard, pasangan tersebut mendapati anak mereka, Rian, berbalas renungan dengan seekor kucing besar yang muncul di sebalik pagar kediaman mereka.
“Saya sangkakan dia hanya bersikap dramatik dan kucing tersebut cuma kucing peliharaan biasa,” ujar Nicole selepas Rian memberitahunya bahawa dia terserempak dengan seekor kucing gergasi.
Tanggapan itu bagaimanapun meleset apabila Nicole dan Eric memeriksa CCTV dan mendapati Rian sedang duduk di atas basikalnya sambil merenung kucing tersebut.
Kanak-kanak dan kucing tersebut dilihat berbalas renungan sekitar 22 saat sebelum haiwan itu berpaling dan beredar dari situ.
“Ia seolah-olah berlaku selama sejam. Rian dan kucing itu hanya terdiam dan merenung satu sama lain,” tambah Nicole.
Rian langsung tidak cemas ketika melalui detik-detik itu.
Sementara itu, menurut Taman dan Hidupan Liar Colorado, kucing liar u adalah haiwan ‘perahsia’ dan jarang ditemui. – Agensi