fbpx

Islam itu syumul, Sheila Rusly tarawih berjemaah di pusat boling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEILA RUSLY berkongsi momen solat tarawih yang dilakukan bersama keluarganya di sebuah pusat boling, malam tadi.

PETALING JAYA –BIARPUN ketika sedang beriadah, pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly tidak melepaskan peluang melakukan ibadah dengan bersolat tarawih secara berjemaah di sebuah pusat boling di Petaling Jaya.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat nak dalam Instagramnya, Sheila berkongsi suasana menjalani solat tarawih di pusat boling yang difahamkan terletak di pusat membeli-belah, One Utama, Petaling Jaya.

“Malam kelapan. Tiada lagi alasan. Islam itu syumul (sempurna dan menyeluruh). Iftar (berbuka puasa) dan tarawih bersama dengan keluarga besar saya,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan suaminya, Jinggo sedang mengimamkan solat sambil diikuti kumpulan jemaah lelaki dan perempuan di belakangnya.

“Solat Isyak dipimpin oleh Tuan Haji Jinggo (suami), manakala solat sunat tarawih dipimpin oleh saudara @itsokaymarr,”ujarnya.

Biarpun suasana di pusat boling tersebut kelihatan sibuk dengan segelintir pengunjung dilihat sedang bermain boling, namun aktiviti ibadah yang dibuat berjalan lancar dan diakhiri dengan salam bersalaman.

Menerusi keterangan pada kapsyen, difahamkan video suasana solat tarawih di pusat boling tersebut dirakam oleh bakal menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pendekatan Sheila dan keluarganya yang mengimarahkan Ramadan walau dalam apa jua corak kehidupan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI