fbpx

Empat pemabuk diberkas pukul penarik kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Sekumpulan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang mabuk sebelum mencederakan seorang penarik kereta berjaya ditangkap dalam tempoh dua jam di sekitar daerah ini semalam.

Keempat-empat suspek lelaki berusia 19 hingga 25 tahun ditahan pukul 4 pagi selepas melakukan jenayah itu kira-kira pukul 2.30 pagi di hadapan sebuah rumah di Bukit Tinggi di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa berusia 36 tahun itu terlebih dahulu menerima panggilan telefon daripada suami rakannya yang meminta bantuan untuk hadir ke rumahnya.

Katanya, ini berikutan terdapat empat lelaki warga Myanmar yang dalam keadaan mabuk membuat kekecohan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa telah dipukul warga Myanmar itu menggunakan kayu.

“Mangsa yang cedera di bahagian kepala, muka dan kedua-dua belah tangan dirawat di HTAR,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, bertindak hasil maklumat kesemua suspek berjaya ditangkap dengan hasil pemeriksan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Kata Shamsul Amar, siasatan mendapati kesemua suspek bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Kuala Langat.

Tambah Shamsul Amar, hasil siasatan turut mendapati punca kejadian disebabkan suspek-suspek tersebut dalam keadaan mabuk setelah minum arak di lokasi kejadian.

“Mereka kini direman empat hari dan kes disiasat mengikut 148 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI