fbpx

Empat ekor lembu jantan seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor lembu jantan yang ditinggalkan sekumpulan lelaki berhampiran pangkalan haram Jeram Perdah 2, Rantau Panjang hari ini. - FOTO IHSAN PGA 7

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas empat ekor lembu jantan dipercayai diseludup dari negara jiran berhampiran pangkalan haram Jeram Perdah 2 di sini pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan lembu seberat 450 kilogram bagi setiap ekor dan bernilai RM25,200 itu dijalankan pada pukul 4 pagi.

Katanya, sebelum rampasan dijalankan, anggota PGA melihat sekumpulan lelaki sedang mengheret beberapa ekor lembu menggunakan perahu menyeberangi Sungai Golok dari arah negara jiran ke negara ini.

Menurutnya, anggota PGA kemudian telah mengekori kumpulan lelaki yang sedang mengheret lembu dalam keadaan gelap.

“Menyedari kehadiran PGA, mereka terus bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

“Hasil pemeriksaan di kawasan berdekatan mendapati mereka membawa masuk empat ekor lembu jantan secara haram ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhari memberitahu, kesemua haiwan itu di bawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen (11) (1) Akta Maqis 2011. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI