fbpx

Dua pengedar air ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan di lokasi serbuan telah menemui sebuah tong ais yang mengandungi sebanyak 54 bungkusan air ketum siap diproses.- Foto IHSAN PDRM

KAJANG – Hasrat dua lelaki menyediakan sebanyak 54 bungkusan air ketum sedia untuk diedarkan kepada pelanggan tidak kesampaian selepas kedua-dua mereka dicekup dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah Kajang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, serbuan kira-kira pukul 5.30 petang itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Kajang dan diketuai oleh beliau sendiri susulan maklumat serta risikan yang dilakukan.

“Menerusi serbuan berkenaan, dua lelaki tempatan berusia 30-an dan 50-an telah ditahan dan pasukan serbuan turut menemui satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin.

“Turut ditemui di bahagian dapur adalah sebuah tong ais yang didalamnya terdapat sebanyak 54 bungkusan dan satu botol mengandungi air ketum siap diproses,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, kesemua air daun ketum yang telah diproses itu dibungkus dalam kuantiti yang banyak oleh suspek bertujuan untuk diedarkan kepada pelanggan di sekitar daerah Kajang.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah jenis opiat.

“Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI