fbpx

Dua lagi video promosi judi online dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada salah satu video mempromosikan perjudian online yang didapati menggunakan wanita bertudung sebagai taktik menarik pelanggan.

PETALING JAYA – Seramai tiga individu ditahan susulan penularan dua lagi video yang mempromosikan kegiatan perjudian online berdurasi 48 saat dan 30 saat dikesan oleh pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebanyak dua laporan polis telah dibuat yang kemudiannya membawa kepada penahanan tiga orang suspek yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.

“Ketiga-tiga mereka yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun disyaki bertanggungjawab dalam pembikinan video terbabit telah ditahan di sekitar ibu negara semalam serta akan direman hari ini bagi membantu siasatan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video tersebut memandangkan perbuatan sedemikian bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi juga boleh mendatangkan keresahan dan kegusaran awam,” katanya menerusi satu kenyatan hari ini.

Tambah Mohamad Zainal, pihak polis tidak akan berkompromi ke atas semua pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian dan pembikinan video-video tersebut dan tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 1998 dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” tegas beliau.

Terdahulu, pihak polis semalam telah mengesan dua lagi video bertemakan Hari Raya yang menggunakan pelakon warga tempatan malah ada di antara mereka turut memakai tudung mempromosikan kegiatan perjudian online.

Kosmo! baru-baru ini turut melaporkan tentang penularan dua video iklan Hari Raya yang mempromosikan kegiatan sama dengan menggunakan pelakon beragama Islam untuk menarik pelanggan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI