fbpx

Dana RM1.77 juta diperlukan untuk tiga projek wakaf di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Tan Sri Datuk Prof Emeritus Dzulkifli Abdul Razak (tengah) diiringi oleh Presiden Muslim Care Hj Zulkifli Wahijan (dua kiri) dan Calon PHD Bahagian Fiqh dan Usul Al-Fiqh, UIAM, Yahya Abdullah Ayesh (dua kanan) bergambar selepas majlis Menandatangani Pelancaran Dana Wakaf Produktif Malaysia dengan Palestin di UIAM, Gombak di sini hari ini. FOTO - AMIR KHALID

GOMBAK – Muslim Care Malaysia (MCM) menyasarkan kutipan derma kira-kira RM1.77 juta bagi pembinaan tiga projek wakaf di Bandar Gaza, Palestin dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengerusi MCM, Zulkifli Wahijan berkata, projek dengan kerjasama Kementerian Wakaf Palestin itu melibatkan tiga fasa dengan fasa pertama dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Menariknya projek wakaf ini kata beliau, setiap pembangunan tersebut akan memberi pulangan kepada kedua-dua pihak melalui sewaan bangunan dan kemudiannya ia akan dikembalikan kepada golongan yang memerlukan di negara terbabit seperti golongan asnaf dan pihak hospital.

“Bagi fasa pertama projek ini, kita memerlukan dana kira-kira RM250,000 bagi pembinaan lapan buah lot kedai di Bandar Gaza, manakala tapak (tanah) untuk pembinaannya telah diuruskan oleh Kementerian Wakaf Palestin.

“Kos keseluruhan fasa satu yang dikenali sebagai Wakaf Tajul Al-Waqar termasuk kos tanah adalah kira-kira RM1 juta. Melalui projek ini kita yakin mampu menjana pendapatan (sewa) kira-kira RM40,000 setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perlancaran Dana Wakaf Produktif Malaysia Palestin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini yang turut dihadiri Rektor UIAM, Prof. Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, beliau menyasarkan kutipan bagi fasa pertama ini mampu dicapai sebelum satu Syawal nanti kerana dana tersebut akan disalurkan ke Palestin secepat mungkin.

“Apabila dana bagi fasa pertama ini mencukupi kita dapat menyegerakan pembinaan lot kedai itu dan pada masa sama dapat membantu masyarakat di sana yang kini semakin terhimpit susulan serangan oleh rejim Zionis hampir setiap hari walaupun di bulan Ramadan,” ujarnya.

Tambah beliau, bagi fasa kedua dan ketiga pula, pihaknya merancang untuk membina dua bangunan komersial setinggi enam tingkat dengan kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM2.4 juta.

“Kos ini termasuk kos tanah dan pembinaan, bagaimanapun kos tanah telah disediakan oleh pihak Kementerian Wakaf Palestin. Bagi kos pembinaan kita memerlukan sumbangan RM1.52 juta bagi kedua-dua projek (Wakaf Al-Mu’minun dan Wakaf Al-Khayr).

“Justeru, pihak MCM memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia termasuk pihak kerajaan dan swasta untuk sama-sama menyumbang kepada dana wakaf ini bagi membolehkan misi projek wakaf ini berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan,” rayu Zulkifli.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI