fbpx

Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam kereta di Kampung Bedrock di Tanjung Malim hari ini.- IHSAN JBPM

TANJUNG MALIM – Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila anak lelakinya yang berusia setahun setengah terperangkap dalam kereta berkunci berhampiran sebuah stesen minyak di Kampung Bedrock, di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibu kanak-kanak itu berada di luar kereta jenis Kancil sebelum menyedari pintu kenderaan terkunci dari dalam.

Ketika kejadian, enjin kenderaan dalam keadaan hidup dan kanak-kanak itu sedang bermain sendirian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 8.27 pagi.

Katanya, operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan dengan anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta.

“Difahamkan, pintu kereta itu dikunci sendiri oleh kanak-kanak tersebut dari dalam dan dia terperangkap selama 20 minit di dalam kenderaan sebelum bomba dimaklumkan kejadian itu.

“Kanak-kanak itu yang berjaya dikeluarkan dengan selamat, tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibunya,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI