fbpx

Bazar ikonik Jalan Hang Tuah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Bazar Hang Tuah yang lengang dan tidak mendapat sambutan orang ramai

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali hari ini meminta pihak penganjur bazar ikonik, Bazar Hang Tuah menutup tapak perniagaan itu susulan lokasi tersebut tidak mendapat sambutan dan dipandang sepi oleh golongan penjaja.

Beliau berkata, pihaknya juga telah meminta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk memindahkan tiga peniaga yang berdaftar di bazar itu ke lokasi lain bagi mengelak menanggung kerugian.

“Perkara ini dalam pengetahuan saya dan kalau betul tiada peniaga, bagi saya eloklah kita buka semula khemah itu (tutup), tak cantik dibiarkan nampak kosong dan suram, malah mungkin akan menimbulkan spekulasi lain.

“Memandangkan sewaan khemah biasanya dicaj mengikut hari, pada saya lebih baik penganjur buka lebih awal daripada menanggung lebih banyak kerugian dan saya juga meminta pihak MBMB untuk membantu mana yang boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di Bilik Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Seri Negeri, hari ini.

Jelasnya, sebanyak 100 khemah penjaja telah disediakan, namun hanya tiga peniaga yang berdaftar di kawasan tersebut, manakala selebihnya dipercayai ‘lari’ ke bazar mega seperti di Bazar Klebang.

Ketika diminta untuk mengulas lanjut khabar angin yang mendakwa kononnya berlakunya penipuan antara pihak penganjur dengan penjaja yang menyebabkan bazar tersebut kosong, beliau menafikan perkara tersebut.

“Penganjur bukan tipu tetapi Jalan Hang Tuah ini memang ada sejarahnya. Apabila bazar lebih besar dibuka di tempat lain seperti contoh Klebang yang mempunyai lebih ramai pengunjung, jadi peniaga-peniaga pun ingin berniaga di kawasan yang lebih besar.

“Penganjur Bazar Jalan Hang Tuah ini baru pertama kali anjurkan dan niatnya nak menolong peniaga, tetapi mungkin tidak begitu mengenali ketua penjaja di kawasan berkenaan membuatkan ia tidak mendapat sambutan,”katanya.

Tinjauan Kosmo! di Bazar Jalan Hang Tuah hari ini turut mendapati kawasan khemah penjaja itu kini hanya menjadi tempat parkir kenderaan ‘berbumbung’ yang digunakan oleh orang awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI