fbpx

Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengumuman berhubung kematian bapa Tengku Permaisuri Norashikin di laman Facebook Selangor Royal Office.

SHAH ALAM – Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Allahyarham Abdul Rahman Baba meninggal dunia di kediamannya di sini hari ini.

Allahyarham Abdul Rahman berusia 89 tahun meninggal dunia pukul 3.40 pagi akibat sakit tua dengan perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook Selangor Royal Office.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyatannya menzahirkan rasa takziah atas pemergian ayahanda Tengku Permaisuri Selangor itu.

“Patik mewakili seluruh lapisan pentadbiran kerajaan negeri dan rakyat Selangor merafak sembah takziah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin atas kembalinya ke rahmatullah, Allahyarham Abdul Rahman Baba yang merupakan ayahanda DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

“Mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah. Al Fatihah,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI