fbpx

2,341 kes baharu positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes harian negara kekal merekodkan angka melebihi 2,000 dengan 2,341 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 379,473 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan angka tertinggi sebanyak 600 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 539 kes dan Kelantan sebanyak 429 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur (344 kes), Johor (102 kes), Pulau Pinang (92 kes), Sabah (82 kes), Kedah (44 kes), Perak (34 kes), Melaka (19 kes), Pahang dan Negeri Sembilan (masing-masing 17 kes) serta Terengganu (15 kes).

“Perlis dan Putrajaya pula masing-masing tiga kes baharu dan Labuan satu kes dilaporkan hari ini,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI