fbpx

108 individu dikompaun, dua direman langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Seramai 108 individu telah dikenakan kompaun manakala dua lagi direman atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi operasi pematuhan di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan paling tinggi yang direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka iaitu sebanyak 34 (saman).

“Ia diikuti kesalahan gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (32), tiada penjarakan fizikal (17), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (satu) dan lain-lain (26).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai operasi memaklumkan sebanyak 63,397 pemeriksaan telah dilakukan bagi memantau dan menguat kuasakan pematuhan SOP PKP,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 23 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas termasuk merampas 11 buah kenderaan darat menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) semalam.

“Sebanyak 126 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan manakala dua PATI turut diusir melalui satu aktiviti pengusiran.

“Op Benteng yang menumpukan kawalan sempadan negara ini dilaksanakan secara bersama melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI