fbpx

Video judi: Lima lagi individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lagi iklan Raya promosi judi yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Polis menahan seramai lima lagi individu yang terlibat dalam pembikinan dua video iklan Hari Raya yang dikesan mempromosikan aktiviti perjudian secara online semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua mereka yang ditahan itu terdiri daripada pengarah, penyanyi serta komposer kepada kedua-dua video yang tular sebelum ini.

“Kelima-lima individu termasuk seorang dalang utama yang ditahan ini dipercayai mendapat arahan daripada pihak sindiket perjudian online untuk menerbitkan video-video tersebut.

“Penahanan mereka menjadikan jumlah tangkapan setakat ini seramai 18 orang dan kelima-lima suspek akan direman bagi membantu siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, siasatan berhubung penularan video iklan Hari Raya berkenaan masih diteruskan bagi menjejaki sindiket perjudian online yang terlibat.

Terdahulu, Kosmo! baru-baru ini melaporkan tentang dua buah video tular yang memaparkan tentang kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dalam masa yang mempromosikan aktiviti perjudian online.

Penularan video-video itu menerima kecaman hebat daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai biadap dan tidak sensitif kepada umat Islam lebih-lebih lagi sewaktu bulan Ramadan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI