fbpx

Tiga bulan terpaksa catu makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anal bersama salah seorang anaknya menunjukkan popia bersalut coklat yang dijual di rumahnya di Presint 9, Putrajaya bagi memastikan keluarganya dapat menambahkan pendapatan.

PUTRAJAYA – Tiga bulan terpaksa mencatu makanan kerana kesempitan wang antara kesusahan yang terpaksa ditanggung tujuh beranak dari keluarga asnaf yang tinggal di sebuah pangsapuri di Presint 9 di sini.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada lauk telur dan kicap untuk mengisi perut.

Ujian yang menimpa keluarga itu bermula selepas si suami kehilangan kerja setelah disahkan mengidap masalah kesihatan mental, manakala si isteri pula terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja untuk memberi perhatian kepada keluarga.

Anal Amzah, 47, berkata, suaminya sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kementerian di sini tetapi terpaksa berhenti kerja kira-kira setahun yang lalu berikutan masalah kesihatan.

“Pada mulanya dia mengadu sakit kepala dan kurang sihat sehingga terpaksa mengambil cuti setiap minggu menyebabkan dia tidak dapat fokus kepada kerjanya.

“Lebih menyedihkan, dia pernah berkelakuan seperti orang lain dan menjadi agresif. Kami membawanya ke Hospital Putrajaya dan doktor mengesahkan suami mengidap masalah kesihatan mental serta memerlukan rawatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Anal berkata, doktor meminta supaya suami­nya melakukan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Kuala Lumpur berikutan terdapat tumor yang disyaki memberi kesan kepada kesihatan mental suaminya.

“Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), namun terpaksa berhenti kerana suami memerlukan pemantauan. Jika ditinggalkan, saya bimbang kerana dia pernah terlupa untuk balik ke rumah,” jelasnya.

Wanita tabah itu berkata, selain dia dan suami, lima lagi anaknya berusia antara sembilan hingga 20 tahun turut tinggal bersamanya di rumah tersebut.

“Anak sulung perempuan sudah bekerja, manakala anak ke­dua lelaki baharu sahaja mendapat pekerjaan dua hari lepas, jadi mereka yang membantu dari segi perbelanjaan di rumah.

“Anak bongsu lelaki saya dika­tegorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran,” katanya.

Menurut Anal, dia sendiri pernah disahkan OKU kerana masalah saraf selepas terlibat kemalangan pada 2014 sebelum kembali pulih sejak beberapa tahun lalu.

“Ekoran masalah itu, saya te­lah menerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Elaun Pekerja Cacat (EPC) selain bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM550.

Enggan terlalu bergantung kepada ihsan orang ramai, Anal ketika ini giat menjual popia bersalut coklat serta merancang untuk menerima tempahan biskut atau kek bagi menampung keperluan keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI