fbpx

Rokok, arak seludup lebih setengah juta dirampas, 10 diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas dalam serbuan Op Kontraban pada minggu lalu.

MELAKA – Polis negeri berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai RM685,000 dan memberkas 10 suspek dalam serbuan Op Kontraban, minggu lalu.

Kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia 22 hingga 62 tahun itu diberkas dalam sembilan serbuan berasingan yang dilakukan di sekitar Melaka Tengah dan Alor Gajah bermula 13 April sehingga semalan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, serbuan itu telah dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Batilion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Hasil serbuan, pasukannya telah merampas sebanyak 928,050 batang rokok putih dan kretek, 78 tin dan 45 botol minuman keras pelbagai jenis dengan anggaran keseluruhan RM685,000.

“Hasil siasatan awal kita percaya kesemua bekalan ini dibawa masuk dari luar untuk pasaran dalam Melaka. Mereka menjadi negeri inis sebagai salah satu pusat pemasaran utama,” katanya pada sidang akhbar di IPK, Batu Berendam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, sindiket berkenaan telah aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak tahun lalu dengan menggunakan modus operandi menyimpan bekalan di stor simpanan barang runcit.

“Bagi mengaburi kegiatan mereka, ksemua barang seludup ini telah telah disimpan di dalam rumah serta stor simpanan barang runcit sebelum diedarkan ke kedai runcit dan pasar raya terpilih.

“Dalam pada itu, kita turut dirampas empat buah kenderaan iaitu dua kereta jenis Proton Ezora, manakala dua lagi adalah Honda City dan Honda Accord yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM280,000,”katanya.

Katanya, kesemua suspek kini direman sehingga 27 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM500,000 atau kedua-duanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI