fbpx

Peniaga cecair vape didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUL dijatuhi denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. FOTO: NORHAYATI YAHAYA

SHAH ALAM – Perbuatan seorang peniaga menjual dan memiliki kandungan kandungan cecair rokok elektronik (vape) yang mengandungi nikotin empat tahun lalu membawa padah apabila didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani membuat keputusan itu selepas tertuduh, Saiful Hairuddin Abdul Salam, 42, mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Nur Faizah menetapkan denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan atau penjara dua bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

Tertuduh membayar kesemua denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Saiful Hairuddin didakwa menjual tanpa sebarang lesen sebotol Cloud Chasers Sirap Bandung kepada seorang individu menerusi orang tengah.

Botol cecair itu didapati mengandungi nikotin yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Tertuduh juga didakwa menjual atau membekalkan racun cecair rokok elektronik masing-masing dalam tujuh kotak The Dream Strawberry Milk 60 mililiter (ml) ; Mad Mango (4 botol) ; Mad Orange (4 botol) ; Gringo Pavlova 60ml (4 botol) ; FFX Vanilla Rose 50ml (9 kotak); FFX Sirap Ais 50ml (4 kotak) ; FFX Ask Your Mama (10 kotak) ; FFX Morning Cruchies (5 kotak) ; FFX Grapple (5 kotak) ; Top Shelf Octobrew Strawberry Triffle (5 botol) dan Cloud Chasers Sirap Bandung (2 botol) yang kesemuanya juga didapati mengandungi nikotin yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Justeru, dia masing-masing melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(1) dan Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi setahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di Pusat Komersial Seksyen 7, di sini pada pukul 2.45 petang dan 3 petang pada 29 Januari 2018.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Fauziah Mohamed Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI