fbpx

Newcastle ‘paku’ The Hammers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAWSON (kiri) melakukan terjahan keras ke atas Joelinton menyebabkannya dilayangkan kad merah sekali gus memberi kesukaran kepada West Ham bangkit menang pada aksi EPL di Stadium St. James Park semalam.

NEWCASTLE – Kesilapan mudah yang dilakukan West Ham United menyaksikan mereka tewas 2-3 kepada Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St. James Park malam kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan peluang The Hammers untuk menamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat teratas sedikit terkesan dengan kemungkinan akan dipintas oleh pencabar lain.

Pada perlawanan itu, New­castle mendapat tiga gol menerusi­ Joelinton, Joe Willock serta jaringan sendiri Issa Diop manakala gol West Ham dijaringkan Jesse Lingard dan Diop.

“Kami lakukan kesilapan mudah yang mampu beri kesan buruk kepada pasukan. Secara keseluruhan, kami bermain baik tetapi kesilapan yang menyebabkan kami tewas.

“Semua pemain sudah tunjukkan karakter terbaik pada separuh masa kedua. Bagaimanapun, prestasi kami menurun pada 10 minit terakhir,” kata Moyes.

Pada masa sama, bekas pe­ngurus Manchester United itu percaya layangan kad merah kepada pemain pertahanan, Craig Dawson turut menjadi penyebab kekalahan tersebut.

“Ketika 2-2, kami tidak ada pilihan selain mengerah segala kudrat melakukan serangan, namun mereka memanfaatkan peluang yang terhidang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI