fbpx

Lelaki tular rupanya penagih dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek memecahkan kenderaan mangsa dalam kejadian semalam.

KLANG – Empat lelaki yang berada dalam pengaruh dadah bertindak samseng
dengan melanggar dan memecahkan cermin kereta sebelum memukul pekerja agensi pekerjaan dalam kejadian di Taman Sentosa di sini semalam.

Bagaimanapun, kesemua suspek berusia berusia 23 tahun hingga 35 tahun itu berjaya ditangkap bermula 7 petang hingga 11 malam sekitar daerah ini iaitu dalam tempoh tujuh jam selepas melakukan jenayah pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai agensi pekerjaan berusia 25 tahun dalam perjalanan menghantar sepupunya ke Pelabuhan Klang dari Sentosa.

Katanya, kereta dinaiki dua bersaudara itu kemudiannya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki empat suspek berkenaan.

“Suspek telah bertindak memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukulnya menggunakan kayu.

“Mereka juga telah merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar menjelaskan pihaknya kemudiannya berjaya memberkas keempat suspek di sekitar daerah ini.

Tambah beliau, ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil siasatan awal mendapati buli jalanan itu berlaku apabila kesemua suspek dipercayai dalam pengaruh dadah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 394/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular dua buah video berdurasi 24 saat menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalanraya.

Video tersebut tular di laman sosial Twitter sehingga tular kerana lelaki yang memecahkan cermin kereta itu menyerupai seorang artis terkenal -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI