fbpx

Keluar AP stabilkan harga ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (kiri) memeriksa harga ayam di Pasar Chabang Tiga di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan tidak tolak kemungkinan mengeluarkan permit import (AP) bagi membekalkan bekalan ayam segar ke dalam negara bagi menstabilkan harga.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, cadangan yang bertujuan untuk mengatasi kenaikan mendadak harga ayam itu sedang dibincangkan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Pengeluaran AP (mengimport ayam) akan dilaksanakan jika golongan penternak masih berdegil dan menangguk di air yang keruh.

“Lambakan ayam import ini akan meningkatkan penawaran sekali gus menstabilkan semula harga,” katanya selepas meninjau harga barangan keperluan di Pasar Chabang Tiga di sini hari ini.

Rosol berkata, tinjauan mendapati harga ayam di pasaran rata-rata sudah mencecah RM10 sekilogram dan tidak menolak kemungkinan akan berlaku lagi kenaikan sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.

Dalam perkembangan sama, beliu memberitahu, setakat ini, sebanyak 42 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap 25 pemborong dan 17 penternak kerana menaikkan harga ayam secara tidak munasabah.

“Saya banyak menerima aduan daripada peniaga tentang kenaikan itu disebabkan harga tinggi yang dikenakan pembekal,” katanya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI