fbpx

Kegigihan lelaki OKU buat ‘live’ di Shopee dipuji netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan Foo membuat 'live' di Shoope dipuji netizen.

Oleh IZZATUL ‘AIN AZMAN

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna laman sosial Twitter memuji kegigihan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang sanggup membuat siaran langsung di platform e-dagang Shopee bagi meneruskan kehidupan.

Lelaki itu, Foo Chia Keat, 31, membuat siaran langsung jualan dengan menjual pewangi kereta dan rumah hingga menjadi tular dan mendapat reaksi pelbagai netizen.

Menurut seorang netizen @shykinn , dia mengajak pengguna Twitter untuk menyokong perniagaan lelaki OKU terbabit bagi menyenangkan hatinya.

Bagi @rizwanabdullah_ pula, dia mahu membelanja pewangi itu kepada tiga orang sebagai tanda menyokong perniagaan lelaki berkenaan.

“Siapa perlukan pewangi kereta dan rumah? Saya punya masih banyak, tapi saya nak beli daripada lelaki itu. Saya belanja tiga orang, cuma bagi maklumat saja,” ciapnnya.

Sementaran itu, Foo turut mengucapkan terima kasih kepada pengguna laman media sosial kerana menyokong perniagaannya hingga kisahnya tular.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kerana menularkan perniagaan saya. Terima kasih juga kepada Bliese kerana selalu menyokong saya dalam perniagaan ini selama dua tahun,” katanya.

Terdahulu, video siaran langsung Foo menjual pewangi  yang dikongsi seorang pengguna Twitter tular selepas menerima 42.4k ulang kicau dan 36.1k tanda suka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI