fbpx

Jennie dikecam sebab tayang gambar aiskrim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE

HANYA kerana memuat naik gambar tangannya memegang aiskrim bersama enam lagi individu lain, penyanyi popular Jennie dituduh melanggar peraturan terkini di Korea Selatan yang tidak membenarkan pertemuan melebihi lima orang di sesebuah lokasi.

Perkongsian tersebut dimuat naik penyanyi kumpulan Blackpink itu menerusi hantaran dalam Instagramnya beberapa hari lalu dengan menulis kapsyen pendek berbunyi: “Keluar berjalan.”

Bagaimanapun, salah satu foto yang dimuat naik Jennie mengundang spekulasi netizen apabila ada yang mendakwa dia melanggar arahan kerajaan berkenaan limitasi jumlah individu yang dibenarkan berkumpul di sesuatu tempat.

Selepas dikritik ramai, Jennie bagaimanapun bertindak memadam foto tersebut.

Sedar dengan kontroversi yang dicetuskan artis bawah naungan mereka, agensi YG Entertainment tampil menerusi satu kenyataan untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Agensi tersebut memaklumkan bahawa penyanyi itu berada di lokasi berkenaan untuk urusan kerja dan bukannya menyertai perjumpaan sosial bersama rakan-rakan seperti yang ditafsir oleh ramai.

“Jennie ke sana untuk menjalani sesi penggambaran sebuah video,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI