fbpx

Jalan Jenderam-Bangi sesak lebih empat kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ratusan kenderaan terperangkap dalan kesesakan di Jalan Jenderam-Bangi di Jenderam Hilir, Dengkil hari ini.

SEPANG – Ratusan pengguna jalan raya di Jalan Jenderam-Bangi di Dengkil dekat sini terpaksa menempuh kesesakan lebih empat kilometer di Jenderam Hilir di sini hari ini.

Kesesakan bermula pada pukul 5 petang itu disebabkan penutupan sebelah jalan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih selain peningkatan kenderaan pulang ke rumah untuk berbuka puasa.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Khairul, 40-an, berkata, kesesakan itu telah bermula pada Selasa lalu iaitu hari pertama Ramadan dan berlarutan hingga ke hari ini.

“Kesesakan hanya reda menjelang pukul 7 petang. Sebelum ini tidak pernah terjadi jalan sesak di kampung ini dan kemungkinan ia berlaku disebabkan pertambahan penduduk dan orang menggunakan laluan alternatif untuk ke Sepang dan Nilai,” katanya ketika ditemui.

Tinjauan mendapati, ada pemandu yang membuat pusingan U kerana terperangkap lebih 20 minit di dapam kesesakan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI