fbpx

Harimau Malaya terima vaksin hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidin (tengah) bersama sebahagian pemain skuad kebangsaan menunggu giliran pemberian vaksin di Dewan Seri Seroja Persiaran Diplomatik, Putrajaya hari ini. Foto Subkhi Sudarji

PUTRAJAYA – Barisan pemain dan pengurusan Harimau Malaya tiba di Dewan Seri Seroja Persiaran Diplomatik Putrajaya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd. Razak, Farizal Marlias, Syafiq Ahmad dan beberapa pemain JDT turut dilihat tiba awal kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tiba selang 20 minit kemudian.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bersama beberapa pemain skuad kebangsaan pula tiba pukul 9.30 pagi tadi.

Difahamkan skuad kebangsaan akan menerima suntikan vaksin kira-kira pukul 10.30 pagi nanti. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI