fbpx

Ditahan disyaki conteng papan tanda SMK Permai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda SMK Permai yang diconteng di Jalan Mak Chili, Chukai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang penganggur yang juga disyaki penagih dadah ditahan kerana dipercayai melakukan vandalisme menconteng papan tanda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permai, Chukai di sini yang sedang dalam perbinaaan hari ini.

Lelaki berusia 39 tahun tersebut ditahan polis bagi membantu siasatan di rumahnya di Kampung Mak Chili di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penahanan itu dibuat selepas menerima aduan daripada penyelia tapak pembinaan sekolah tersebut beberapa jam sebelum itu.

“Siasat awal percaya perbuatan khianat menconteng papan tanda sekolah tersebut dilakukan antara pukul 5 petang hingga 8 malam, semalam.

“Contengan disyaki dilakukan dengan menggunakan semburan cat. Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, ujian urin suspek mendapati dia positif dadah jenis methaphitamine selain memiliki empat rekod jenayah lampau.

Sebelum ini, pemilihan nama sekolah tersebut sebagai SMK Permai sedangkan ia terletak di di Jalan Mak Chili, Chukai menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak termasuk penduduk tempatan sehingga menjadi pendebatan di media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI