fbpx

Bila syaitan terjah geng plastik hitam!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARKOBA lakonan Bell Ngasri dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang.

TENTU semua tahu apabila bercakap mengenai Hantu Kak Limah, francais filem komedi paling gempak nombor satu di Malaysia. Awal tahun ini, premium Kampong Pisang Bersiri-Siri menerusi slot Astro Originals telah mendapat sambutan hangat daripada penonton sepanjang 13 minggu bersiaran.

Kini, francais naskhah tersebut kembali lagi dengan mengembangkan siarannya menerusi gabungan dua karya agung pengarah tersohor Mamat Khalid iaitu Kampung Pisang dan 16 & 17 Puasa.

NASHKAH 18 Puasa Di Kampong Pisang menjanjikan lebih banyak penyampaian mesej.

Semuanya merupakan rentetan daripada kejayaan Kampong Pisang Bersiri-Siri yang menjadi tular menerusi beberapa babak, karakter dan dialog yang mencuit hati seperti ‘mee kari kuah laksa’ dalam media sosial.

Paling tidak boleh dilupakan, fenomena naskhah berkenaan turut mendapat perhatian Ketua Polis Balai Nusa Bestari, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Johor yang menyatakan bahawa jenaka disampaikan dalam suasana santai dan mampu menghilangkan stres akibat seharian bekerja.

Lebih menarik, kualiti produksinya juga meletakkan industri seni kreatif tempatan ke satu standard yang baharu. Impak sambutan baik yang diterima, Astro Shaw dan rumah produksi Enjit-Enjit Semut tidak teragak-agak membawakan sebuah lagi karya terbaharu Mamat iaitu 18 Puasa Di Kampong Pisang.

Uniknya, karya tersebut merupakan kesinambungan serta gabungan daripada karya hebat Kampong Pisang Bersiri-Siri dan 16 & 17 Puasa.

“Filem ini membawakan pendekatan yang berbeza berbanding karya 16 & 17 Puasa. Sudah tentu nilai hiburannya masih ada, cuma terpulang kepada penonton bagaimana mahu menilai dan menerima filem ini.

“Apa yang boleh saya katakan, jalan cerita dan babak yang dipersembahkan mudah untuk penonton faham kerana memang berlaku di sekeliling atau juga pada diri sendiri.

“Sebagai manusia, mungkin kadang-kadang kita alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Jadi diharapkan karya ini dapat mengajak penonton untuk refleksi diri lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini,” jelas Mamat.

MAMAT KHALID

Masih mengekalkan tema utama iaitu ‘tidak berpuasa’, mesej kali ini semakin menarik kerana disifatkan lebih berat dan pedas. Mesej-mesej yang cuba disampaikan mampu menjentik hati penonton untuk merenung kembali setiap tingkah laku manusia di samping memaparkan hiburan santai bagi seisi keluarga.

Amat bersesuaian dengan kemuliaan bulan Ramadan, 18 Puasa Di Kampong Pisang mengetengahkan mesej tersurat tentang hikmah berpuasa, zakat, fungsi Baitulmal, rukun Islam, nilai murni bersedekah, solat

taubat dan banyak lagi.

KEMUNCULAN Ustaz Kazim menjadi antara daya penarik dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang.

Keinsafan

Sementara dari sudut kualiti produksi pula, karya kali ini menguji penggunaan teknik janaan imej komputer (CGI). Jalan cerita, babak-babak seperti gambaran alam neraka, skrip serta dialog yang dipaparkan bertujuan menyampaikan mesej dan menebarkan keinsafan dalam kalangan penonton.

Karakter-karakter utama daripada naskhah Kampong Pisang Bersiri-Siri masih dikekalkan. Antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M. Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud), Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).

Selain itu, filem tersebut turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Nam Ron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Elizad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim Elias), Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler) dan Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) .

Naskhah 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran pada bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan pada siang hari di sebuah belukar, dia tiba-tiba didatangi si iblis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya.

MENERUSI 18 Puasa Di Kampong Pisang, muncul beberapa watak istimewa antaranya Tyson 1 lakonan aktor hebat Nam Ron.

Barkoba mengabaikan zakat, menganiaya orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba membetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia nyata. Pada masa sama, dapatkah dia menyelamatkan nyawa Kiambang?

Menariknya, sejak ditayangkan menerusi Astro First bermula 15 April lalu, flem 18 Puasa Di Kampong Pisang sudah pun meraih kutipan sebanyak RM1 juta!

Jumlah tersebut direkodkan hanya selepas tiga hari tayangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI