fbpx

Barcelona julang Piala Raja Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (depan, kanan) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan menjulang Piala Raja Sepanyol selepas menewaskan Athletic Bilbao 4-0 di Estadio La Cartuja de Sevilla awal pagi semalam.

SEVILLA – Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi mengakui sangat berbangga apabila berjaya menamatkan penantian kejuaraan utama pasukan sekali gus menjulang trofi pertama sebagai kapten selepas menewaskan Athletic Bilbao 4-0 di pentas final Piala Raja Sepanyol awal pagi semalam.

Pada aksi itu, Messi berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan meraih kemenangan bergaya manakala Antoine Griezmann dan Frank de Jong masing-masing meledak satu gol.

Lebih manis, ia adalah kejuaraan pertama buat skuad kendalian Ronald Koeman sejak musim 2019 sekali gus menyaksikan Messi mendakap trofi pertama sejak dipilih sebagai kapten bagi menggantikan Andres Inesta dua tahun lalu.

Kata Messi, kemenangan yang diraih itu cukup manis dan bermakna dalam karier bola sepaknya tetapi pada masa sama agak kecewa kerana tidak dapat berkongsi dengan penyokong yang masih tidak dibenarkan hadir ke stadium.

“Piala Raja Sepanyol memiliki prestij yang tersendiri dan saya cukup teruja apabila dapat menjulang trofi ini buat pertama kali sebagai kapten pasukan.

“Cuma, saya agak terkilan kerana tidak dapat meraikan kejayaan ini di hadapan penyokong setia kami tetapi inilah lumrah yang perlu kita harungi pada era pandemik,” katanya.

Sementara itu, Koeman mengakui pasukannya tidak boleh terlalu mendabik dada dengan kejayaan ketika ini sebaliknya perlu berkerja lebih keras dalam usaha meraih trofi berganda dengan menjuarai saingan La Liga musim ini.

“Kami layak untuk menang pada saingan kali ini dan saya harap trofi ini dapat jadi pemangkin semangat buat pasukan mencipta lebih banyak kejayaan terutama menjuarai La Liga yang masih terbuka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI