fbpx

Anggota polis maut motosikal langgar tiang plaza tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut apabila motosikal ditungganginya melanggar tiang plaza tol Jambatan Pulau Pinang di Perai petang tadi. - Foto IHSAN PEMBACA

SEBERANG PERAI – Seorang anggota polis terbunuh selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar tiang plaza tol Jambatan Pulau Pinang di Perai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.05 petang itu, mangsa Muhammad Haikal Shaffik Abdul Rahim, 31, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Difahamkan, mangsa berpangkat Lans Koperal itu bertugas sebagai anggota trafik di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian berlaku di lorong motosikal susur masuk Jambatan Pulau Pinang berdekatan Plaza Tol A.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika motosikal mangsa jenis Yamaha Y15 dari arah Perai menuju ke pulau telah terbabas dan melanggar tiang plaza tol di sebelah kiri.

“Tempat kejadian merupakan jalan lurus dan mempunyai satu lorong.

“Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI