fbpx

159 pelajar sekolah jalani ujian calitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 159 pelajar di lima buah sekolah di Johor menjalani ujian calitan Covid-19 sehingga semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 159 pelajar dari lima buah sekolah di daerah ini telah diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 di Pusat Sehenti Penilaian Covid-19 (OSCAC) di Pasir Gudang dan Bukit Indah setakat semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, tindakan kawalan telah dijalankan bagi memastikan tiada penularan berlaku di sekolah yang dikenalpasti.

Menurutnya, bagi setiap warga sekolah yang dilaporkan positif, Jabatan Kesihatan akan membuat pemantauan dan saringan kontak rapat bagi memastikan tiada penularan berlaku di dalam sekolah.

“Kebelakangan ini, Johor melihat peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan dalam kalangan warga sekolah, melibatkan guru dan pelajar.

“Kebanyakan kes adalah penularan di dalam rumah ekoran daripada aktiviti sosial keluarga, di mana ahli keluarga dari jauh bertemu dan berkumpul untuk bermesra di dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kebanyakannya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan membabitkan amalan 3S iaitu ruang sempit, sesak dan sembang dekat.

“Masih ada keluarga yang mengadakan aktiviti sosial seperti berkumpul di pusat hiburan, kenduri kahwin dan aktiviti riadah lain secara berkumpulan,”katanya.

Sementara itu, Vidyananthan turut memberitahu, setakat semalam hanya seramai 1,117,201 atau 39.4 peratus penduduk Johor yang telah mendaftar dalam MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin imunisasi Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI