fbpx

TNB terbuka adakan perbincangan dengan pihak berkepentingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pihaknya sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dan sesi libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan dalam semua projek pembangunannya.

Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn. Bhd., Datuk Nor Azman Mufti berkata, TNB sentiasa beriltizam memastikan setiap syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan juga pihak kawal selia dalam melaksanakan projek penjanaan dipatuhi sepenuhnya.

“TNB juga komited memastikan komuniti orang asli yang terkesan dengan pembangunan projek hidro ini bakal mendapat pembelaan serta bantuan yang sewajarnya sehinggalah projek ini siap sepenuhnya serta beroperasi kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu katanya, satu sesi libat urus mengenai rancangan pembangunan empangan hidro di Nenggiri, Gua Musang, Kelantan, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 7 April lalu berlangsung dengan harmoni dan berjaya merungkai kegusaran impak pelaksanaannya kepada komuniti sekitar projek itu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya SUHAKAM, Jerald Joseph yang mempengerusikan sesi tersebut berkata, komuniti orang asli yang terkesan dan terlibat dengan projek itu diberi peluang untuk membangkitkan sebarang pertanyaan serta kemusykilan mengenainya.

“Proses keterbukaan di antara semua pihak berkepentingan adalah cara penting untuk pembangunan berlaku berlandaskan prinsip hak asasi manusia.

“Kami mementingkan perkongsian maklumat dengan penuh keterbukaan di samping mencari cara yang lebih mesra yang dapat mengimbangi semua tuntutan hak pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia,” katanya.

Libat urus yang berlangsung selama tiga jam di Kuala Lipis, Pahang itu bertujuan memberikan penerangan mengenai status semasa projek serta manfaat kepada penduduk negeri Kelantan dan komuniti orang asli yang terkesan secara langsung dengan projek. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI