fbpx

Sukan perlu ‘buta warna’ – Reezal Merican

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican

PUTRAJAYA – Sukan perlu dan selamanya ‘buta warna’ dalam soal diskriminasi atau perbezaan ras, ideologi, latar ekonomi dan sebagainya,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata, walaupun terdapat perbezaan antara masyarakat, sukan harus terus dijadikan sebagai penyatuan dan kebersamaan rakyat di negara ini.

Katanya, soal kebersamaan yang mengeratkan perpaduan di peringkat sekolah harus  diperhebatkan bersama khususnya melalui aktiviti bersukan.

“Kita harus biarkan anak-anak saling bergaul dan bermesra melalui sukan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Surat yang  dikeluarkan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu yang tular di laman sosial semalam.

Reezal Merican berkata, kementerian sentiasa mendokong falsafah sukan untuk semua dan menyemarakkan usaha pendemokrasian sukan sehingga akar umbi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin atas tindakan segera yang diambil berkaitan perkara yang berbangkit itu.

Kosmo! hari ini melaporkan, tindakan pengasingan aktiviti kokurikulum mengikut satu kaum yang dilakukan oleh sebuah sekolah di Johor dilihat bertentangan dengan matlamat dan asas pelaksanaan program sukan di sekolah.

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai surat  dikeluarkan sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor yang meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI