fbpx

Saudi mula penerbangan antarabangsa sepenuhnya mulai 17 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebelum ini, Penguasa Umum Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) turut mengumumkan akan memulakan penerbangan antarabangsa Saudia pada tarikh sama.- AFP

RIYADH-Penolong Ketua Pengarah Komunikasi Saudi, Khaled Bin Abdulqader Tash mengesahkan Saudi Arabian Airlines (Saudia) bakal memulakan semula sepenuhnya penerbangan antarabangsa bermula 17 Mei depan, lapor Saudi Gazette.

Sebelum ini, Penguasa Umum Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) telah mengumumkan bahawa penerbangan antarabangsa bakal beroperasi sepenuhnya pada tarikh sama.

Dalam satu jawapan balas menerusi satu ciapan yang ditulis Okaz, Saudia menerusi akaun Twitternya memberi bayangan sekatan penerbangan antarabangsa turut ditamatkan dan lapangan terbang negara itu bakal dibuka sepenuhnya.

Ciapan akaun Twitter rasmi Saudia menulis “Sudahkah anda mengemas barangan anda?” yang disertakan dengan gambar bagasi yang jelas menunjukkan kebenaran penerbangan antarabangsa itu semakin hampir.

Ini adalah kali pertama kerajaan Arab Saudi menbenarkan penerbangan antarabangsa beroperasi selepas negara itu mengenakan sekatan perjalanan selama lebih setahun bermula Mac tahun lalu susulan penularan virus Covid-19. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI