fbpx

Rumah kuarters terbakar, lima beranak nyaris rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah kuarters terbakar dalam kejadian di Jalan Klinik Desa, Kampung Sungai Satan dekat Jeli awal pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

JELI – Lima beranak nyaris rentung selepas sebuah kuarters yang menjadi tempat tinggal mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Klinik Desa, Kampung Sungai Satan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.10 pagi itu, semua mangsa dipercayai sedang tidur di bilik masing-masing sebelum salah seorang ahli keluarga merasa bahang api dari ruang tamu rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Adni Ibrahim berkata, selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.17 pagi, seramai enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sewaktu tiba di kuartes itu, kelihatan api marak sedang membakar keseluruhan rumah keluarga tersebut.

“Lima beranak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan sempat menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah kenderaan milik mereka ke lokasi yang selamat.

“Bagaimanapun, semua harta benda milik mereka musnah dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Adni, lima beranak itu kini menumpang sementara di rumah pengasuh anak mereka di kampung berdekatan.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI