fbpx

Pengedar dadah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga pengedar dadah ditahan bersama 400 biji pil Yaba bernilai RM4,000 di hadapan sebuah hotel dekat sini awal pagi tadi.

Tangkapan pada pukul 3.11 pagi itu telah dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek merupakan warga tempatan berusia 35 tahun.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis telah menemui satu bungkusan beg plastik bewarna biru yang terdapat 200 biji pil berwarna oren disyaki dadah jenis Yaba.

“Polis turut menemui empat peket plastik lutsinar mengandungi 50 biji pil disyaki dadah jenis sama yang dipegang oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya percaya rampasan dadah bernilai RM4,000 tersebut boleh dibekalkan kepada lebih kurang 400 orang penagih dadah.

“Hasil ujian saringan awal yang dijalankan mendapati suspek yang mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah itu positif dadah jenis methaphetamine dan telah ditahan reman selama tujuh hari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B(1)(a) Akta yang sama,” tegasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI