fbpx

Pekerja TNB maut kena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di tiang elektrik inilah mangsa ditemui terkena renjatan elektrik di Kampung Sg. Damar, Padang Tengku di Lipis hari ini.

LIPIS – Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan kerja pembaikan di sebuah tiang elektrik di Kampung Sg Damar, Padang Tengku di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Nor berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa Mohd. Tahhir Qalli Latif, 32, bersama sepasukan pekerja TNB lain menjalankan kerja aduan pengguna bagi mengalih laluan talian yang kendur.

“Ketika kejadian mangsa sedang berada di tiang tersebut selepas memanjat menggunakan tangga manakala ketua pasukan pekerja itu bertindak membersihkan halangan pada talian tersebut.

“Kemudiannya mangsa didapati tergantung di tiang sebelum diturunkan oleh ketua pasukannya serta diberi rawatan awal dan bantuan pernafasan (CPR),” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa yang dibawa ke Hospital Kuala Lipis disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Menurutnya berdasarkan laporan bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan renjatan elektrik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI