fbpx

Padah merempit lepas solat tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lapan remaja yang diarahkan menolak motosikal masing-masing IPD Kemaman di sini kerana merempit selepas solat tarawih semalam.

KEMAMAN – Padah merempit selepas selesai solat sunat tarawih, lapan remaja lelaki terpaksa menolak motosikal masing-masing sejauh empat kilometer dalam tempoh hampir jam ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum itu, mereka yang berusia antara 15 hingga 21 tahun tersebut ditahan ketika sedang asyik merempit di sekitar Kampung Batu 2 1/2, Jalan Air Putih di sini.

“Kita menerima aduan berhubung aktiviti remaja merempit yang mengganggu ketenteraman dan boleh membahayakan keselamatan orang awam.

“Rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi lain termasuk Kampung Bukit Kuang dan sekitar Chukai di sini juga telah digandakan bagi membanteras aktiviti tidak bermoral ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, meski pun kesalahan tersebut boleh dikenakan dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, pihaknya cums mengambil tindakan mengeluarkan kompaun sebagai amaran pertama kepada semua remaja berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI