Sejak akhir-akhir ini, semakin aktif pula melihat Ain Edruce beraksi dalam TikTok.
Terbaharu, dia berkongsi videonya sedang menari lincah. Nampak bersemangat sungguh sampaikan terlupa dia sedang hamil lapan bulan. Ditambah pula dengan aksi lucu bersahaja suaminya Amirul, memang tak kering gusi netizen dibuatnya. Kelakar katanya.
Tetapi macam biasalah, dalam keseronokan tersebut, mesti terselit beberapa komen yang kurang menyenangkan.
“Tolong peka dengan keadaan sekeliling. Amirul tolong jangan jadi pak turut. Isteri perlukan bimbingan.
“Kalau hendak menari seperti ini, cukuplah untuk tatapan suami sahaja. Ini bukan budaya orang kita,” ujar netizen dalam ruangan komen video berkenaan.
Diva faham apa yang mereka bimbangkan, mungkin netizen risau tentang Ain yang sakan menari dalam keadaan sarat hamil.
Tak mengapalah, ambil saja teguran positif, sementara yang mengutuk pula dijadikan teladan buat semua.
DIVA: Sehingga sekarang Ain masih tak dapat melihat wajah bayi dalam kandungan ketika diimbas. Suka main sorok-sorok si kecil ini ya.