fbpx

Neelofa beri bayangan nak buat majlis resepsi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Neelofa bersama pasangan suami isteri yang merupakan perunding perkahwinan terkenal, Rekateemor.

BARU nak berehat daripada membaca isu membabitkan Neelofa. Alih-alih muncul pula sekeping foto yang dimuat naik oleh perunding perkahwinan Rekateemor bersama selebriti itu baru-baru ini.

Gambar berkenaan menarik perhatian netizen disebabkan komen Neelofa yang mengundang tanda tanya ramai. Eh kenapa pula tu ya.

“Majlis perkahwinan privasi, tiada telefon bimbit dan kamera dibenarkan,” tulisnya berserta emoji berbentuk hati.

Komen tersebut mencetuskan persoalan adakah dia merancang untuk mengadakan sebuah majlis resepsi yang tertutup selepas ini?

Gelabahlah semua membalas komen tersebut sampai ada yang rasa kecewa kerana komen yang ditulis selebriti itu.

Menjelaskan keadaan, Neelofa membalas pendek berbunyi: “Bergurau sahaja ya semua! Bertenang.”

Oh, bergurau rupanya. Jadi legalah sudah hati semua netizen yang awalnya menggelegak tu kan. Cuma ada yang kata, kalau betul pun apa salahnya.

Teringin juga nak tengok Neelofa pakai baju pengantin sekali lagi. Cuma yang paling penting, jangan lupa patuh prosedur operasi standard (SOP) ya!

DIVA: Rasanya dah boleh hentikan isu artis senior vs artis baharu. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, jaga saja perangai masing-masing sudahlah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI